Pengenalan

 SEJARAH PENUBUHAN PKG

Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978.Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD),iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah,Terengganu,Kelantan dan Pahang.

Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD).Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah.Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG).Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia,sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah di tempatkan di bangunan sekolah.Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah' memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengitirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

VISI

Wujudnya budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

MISI

Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

KONSEP

PKG adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS).Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara.PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

MATLAMAT

Selaras dengan konsep penubuhannya,matlamat PKG adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF
  •  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan,khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  • Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat. 
PRASARANA
  • Bilik Pegawai Teknologi Pendidkan
  • Kaunter Pembantu Tadbir
  • Meja Bantuan Juruteknik
  • Perpustakaan
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Stor
PERANAN
  • Pusat Kegiatan Ikhtisas
  • Pusat Sumber
  • Pusat Kegiatan Sosial
  • Agen Perubahan
PERKHIDMATAN

  • Khidmat bantu pusat sumber sekolah
  • Rakam salin
  • Dokumentasi
  • Pinjaman alat siaraya
  • Rujukan dan pinjaman buku
  • Pinjaman bahan P&P
  • Mengendalikan dan mengelolakan bengkel
  • Penerangan dan khidmat nasihat
  • Jaringan internet

PENGOPERASIAN PKG

Pusat Kegiatan Guru terletak di bawah amanah dan tanggungjawab Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
( BTPN ) dan Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ).Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG

FUNGI-FUNGSI PKG

Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pusat sumber sekolah dan program gerakan membaca di sekolah.

  • Pemantauan PSS
  • Khidmat bantu PSS
  • Bengkel PSS
  • Bengkel teknologi pendidikan
  • Mesyuarat pengurusan program untuk Guru Perpustakaan dan Media ( GPM )
  • Nilam
Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di Sekolah

  • Support Ticketing System ( STS )
  • Indeks kualiti Pusat Sumber Sekolah ( IQ-PSS )
  • Smart School Qualification Standards ( SSQS )
  • Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah ( SPPICTS )
  • Makmal Komputer
  • Schoolnet
  • Pusat Akses
  • PPSMI
  • Aplikasi ICT
  • Inisiatif ICT
  • Konfigurasi Rangkaian
Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 kepada Sekolah

  • Perkakasan
  • Perisian
Mengumpul data asas Teknologi Pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar Teknologi Pendidikan

  • IQ-PSS
  • SPPICTS
  • SSQS
  • Data Nilam
  • Penggredan PSS
  • Latihan sumber manusia ( Latihan )
Menyediakan bahan Sumber Pendidikan dalam pelbagai media

  • Bahan cetak
  • Bahan bukan cetak
Melaksana, menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan Teknologi Pendidikan

  • Rakam salain DVD / VCD / CD
  • Poster
  • Brosur
  • Kalender Aktiviti
  • Buletin
  • Bahan cetak
  • Bahan bukan cetak
  • Mesyuarat permauafakatan
  • Mesyuarat jawatankuasa kecil aktiviti PKG