Tuesday, June 21, 2016

Taklimat Pengurusan Data NILAM Sekolah Ahli PKG Bachang  2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Pihak PKG akan mengadakan Taklimat Pengurusan Data NILAM Sekolah Ahli PKG Bachang  Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh   : 22 Jun 2016 (Rabu)
Masa     : 2.00 petang
Tempat  : Makmal Komputer, SK Bachang

Diharap kerjasama daripada Guru Penyelaras NILAM Sekolah Ahli PKG Bachang untuk dapat hadir ke taklimat ini.

Sekian, terima kasih
Admin PKGB

Thursday, March 17, 2016


Taklimat Profesional Sekolah Ahli PKG Bachang  2016


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Pihak PKG akan mengadakan Taklimat Profesional Sekolah Ahli PKG Bachang  Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh   : 22 Mac 2016 (Selasa)
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : PKG Bachang

Diharap kerjasama daripada Pengetua dan Guru Besar Sekolah Ahli PKG Bachang untuk dapat hadir ke taklimat ini.

Sekian, terima kasih
Admin PKGB

Monday, March 7, 2016




Pemakluman Penggunaan Email Rasmi Sekolah-Sekolah 
Negeri Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka sedang dalam usaha menjadikan email dan portal rasmi sebagai wadah utama bagi tujuan penyampaian maklumat.

Sehubungan dengan itu, segala urusan surat-menyurat ke sekolah akan menggunakan saluran email rasmi sekolah (contoh : ID mea0101@1bestarinet.yes.my). Pihak tuan juga boleh mengakses portal BTPN Melaka di laman sesawang http://btpnmel.moe.edu.my untuk tujuan di atas.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas boleh berhubung dengan pegawai PKG Bachang.

Sekian terima kasih.

Mesyuarat Penyelarasan JK Pusat Sumber Sekolah Bil. 1/2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Pihak PKG akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Sekolah Ahli PKG Bachang Bilangan 1 Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh     :  08 Mac 2016 (Selasa)
Masa      :  2.30 petang
Tempat   :  PKG Bachang

Diharap kerjasama daripada Ketua Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Bachang untuk dapat hadir ke mesyuarat ini. Sekian, terima kasih.

 Admin PKGB

Sunday, February 28, 2016



Mesyuarat Penyelarasan JK Pembestarian Bil. 1/2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Pihak PKG akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Ahli PKG Bachang Bilangan 1 Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh    :  01 Mac 2016 (Selasa)
Masa      :  2.30 petang
Tempat   :  PKG Bachang

Diharap kerjasama daripada Ketua Penyelaras Pembestarian Sekolah Ahli PKG Bachang untuk dapat hadir ke mesyuarat ini. Sekian, terima kasih.

 Admin PKGB

Wednesday, February 10, 2016


PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SECARA KONSEP MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH MENGGUNAKAN PERKAKASAN NOTEBOOK DGN SISTEM OPERASI CHROMEBOOK KPM - Naik Taraf Chrome OS Versi 44 






Untuk makluman YBhg Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan, Jawatankuasa Pemandu Pembekalan Peralatan ICT ke Makmal Komputer KPM yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah bersetuju supaya semua Chromebook di bawah projek ini dinaik taraf kepada Chrome OS Versi 44.

Syarikat YTL Communications Sdn. Bhd (YTLC) selaku syarikat pembekal adalah bertanggungjawab dalam memastikan semua Chromebook di 2008 buah sekolah (2839 Makmal Chrome) dinaik taraf kepada Chrome OS versi 44 secara automatik. Sekiranya terdapat Chromebook yang gagal dinaik taraf secara automatik, pihak YTLC akan melaksanakan kerja naik taraf tersebut secara manual di premis sekolah (on-site)

Sebarang aduan atau komplikasi, pihak sekolah perlu melaporkan kepada meja bantuan Syarikat YTLC di talian 018-7998787, email moesupport@ytlcomms.my atau sistem 1BNSelfCare. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Cik Mak Sheau Yun (sheauyun@moe.gov.my) ditalian 019-2896605 atau Encik Wan Mohd Mohyeddin Bin Wan Yacob (mohyeddin@moe.gov.my) ditalian 019-3596605.

Perutusan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka 2016






 Sebagai satu usaha memahami inspirasi, aspirasi, visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia
( KPM ) khususnya Jabatan Pelajaran Melaka bagi mencapai hasrat pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 - 2025, pihak sekolah dipohon untuk menayangkan rakaman perutusan dalam masyarakat pengurusan sekolah pada awal Januari 2016.

Rakaman tersebut boleh diakses dan dimuat turun melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Melaka http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/index.php/ms/mediajpn/galeri-video dan portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka  http://btpnmel.moe.edu.my/web/  mulai 4 Januari 2016.

Laporan Pelaksanaan sesi tayangan hendaklah dihantar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka pada atau sebelum 31 Januari 2016.