Wednesday, February 10, 2016


PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SECARA KONSEP MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH MENGGUNAKAN PERKAKASAN NOTEBOOK DGN SISTEM OPERASI CHROMEBOOK KPM - Naik Taraf Chrome OS Versi 44 






Untuk makluman YBhg Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan, Jawatankuasa Pemandu Pembekalan Peralatan ICT ke Makmal Komputer KPM yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah bersetuju supaya semua Chromebook di bawah projek ini dinaik taraf kepada Chrome OS Versi 44.

Syarikat YTL Communications Sdn. Bhd (YTLC) selaku syarikat pembekal adalah bertanggungjawab dalam memastikan semua Chromebook di 2008 buah sekolah (2839 Makmal Chrome) dinaik taraf kepada Chrome OS versi 44 secara automatik. Sekiranya terdapat Chromebook yang gagal dinaik taraf secara automatik, pihak YTLC akan melaksanakan kerja naik taraf tersebut secara manual di premis sekolah (on-site)

Sebarang aduan atau komplikasi, pihak sekolah perlu melaporkan kepada meja bantuan Syarikat YTLC di talian 018-7998787, email moesupport@ytlcomms.my atau sistem 1BNSelfCare. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Cik Mak Sheau Yun (sheauyun@moe.gov.my) ditalian 019-2896605 atau Encik Wan Mohd Mohyeddin Bin Wan Yacob (mohyeddin@moe.gov.my) ditalian 019-3596605.

No comments:

Post a Comment